4. 8 PERKARA PENTING MENGENAI PERJANJIAN PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) JPA (KENA TAHU SEBELUM TERIMA TAWARAN!!)

Hi guys, Tira sini. Kalau anda belum lagi tahu tentang Program Pelajar Cemerlang (PPC) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), layari link berikut untuk lebih mengetahui pasal program ini terlebih dahulu. 


Dalam blog ini, Tira ini memberitahu beberapa benda mengenai perjanjian PPC. Banyak orang yang keliru mengenai tawaran JPA dan tidak pasti jika mereka boleh bekerja, berkahwin, settle di luar negara, earlier Tira pun banyak keliru dan sering bertanya-tanya. Dalam blog ni, Tira akan explain pasal benda-benda penting dalam perjanjian dengan kerajaan yang anda akan tandatangani semasa Program Pemurnian. 

1. PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) NI TAWARAN BIASISWA ATAU PINJAMAN? 

Program Pelajar Cemerlang (PPC) adalah PINJAMAN ye, YES PINJAMAN dan bukan BIASISWA. Kalau anda lihat di system epenawaran dan Dokumen Perjanjian anda, perkataan PINJAMAN digunakan. 


a) Bermaksud kita kena bayar balik ke ?

Ada empat situasi untuk bayaran balik Pinjaman Program Pelajar Cemerlang.

i) Kalau anda bekerja dengan kerajaan, anda tidak perlu membayar balik nilai pinjaman pengajian anda.

ii) Kalau anda bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan juga dikenali sebagai syarika GLC, anda perlu membayar balik 25% daripada nilai pinjaman pengajian anda.

iii) Kalau anda bekerja dengan syarikat swasta dalam negara, anda perlu membayar balik 50% daripada nilai pinjaman pengajian anda.

iv) Sekiranya anda tidak bekerja dengan kerajaan, syarikat GLC atau syarikat swasta dalam negara, anda perlu membayar balik kesemua nilai pinjaman pengajian anda.

b) Berapa tahun perlu kerja dengan kerajaan, syarikat GLC dan syarikat Swasta dalam negara? 

Rujuk balik kepada dokumen perjanjian anda, di muka surat terakhir, terdapat satu ruang TEMPOH BERKHIDMAT. Kalau tempohnya 48 bulan, meaning anda perlu bekerja dengan kerajaan selama 4 tahun supaya tidak perlu bayar balik nilai pinjaman anda. Tempoh berkhidmat biasanya based on berapa tahun anda dibiayai. So time nak tandatangan perjanjian, make sure tempoh berkhidmat anda adalah betul, kalau silap, habislah. Kerja sampai tempoh habis. 

c) Saya dah apply kat portal tapi dak dipanggil untuk kerja kerajaan, bukan salah saya untuk menbayar balik kan?

Soalan ni nak jawab pening sikit, tapi macam ni la ye, sekarang lepas habis pengajian, cepat-cepat apply kerja kerajaan, kalau pandai apply during 2 last semester pengajian sebab kerja kerajaan pun bukan immediately boleh dapat, ada banyak saringan, peperiksaan online, peperiksaan fizikal, peperiksaan psikometrik. Kalau dah apply dan memang tunggu lama dan tak dapat kerja kerajaan, better mula kerja kat syarikat GLC atau syarikat swasta so that at least bayaran balik pinjaman tu sikit, compared to kalau tak buat apa2 kerja, kena bayar semua. 

Dalam perjanjian diberitahu seperti berikut, 


So, kena pandai pandai plan ye.

2. BOLEHKAH SAYA BERKAHWIN SEMASA DIBAWAH TAJAAN JPA?

Syarat berkahwin dalam dokumen perjanjian adalah seperti berikut 

a) Boleh berkahwin ke tidak?

Untuk pelajar PPC peringkat Master & PhD, BOLEH BERKAHWIN, jangan risau, Pihak JPA paham yang perkahwinan adalah perkara biasa untuk umur anda, tapi anda kena bertanggungjawab dengan mendapatkan kebenaran daripada pihak JPA terlebih dahulu, Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin harus diisi dan dihantar kepada pihak JPA.

b) Actually kenapa pihak JPA tegas pasal kahwin ni ?

Daripada apa yang saya berbual dengan seorang pihak JPA, prestasi pelajar selepas berkahwin ada yang merosot, selain itu, elaun yang diberi untuk pendidikan digunakan untuk menanggung kos-kos rumahtangga, which is why pihak JPA strict sikit pasal ni. Tapi kalau dah tua, nak kahwin, kahwin la, just make sure beritahu JPA dulu, isi borang dan hantar. 

3. BOLEHKAH SAYA MENYERTAI POLITIK SEMASA DIBAWAH TAJAAN JPA?

Jangan berani nak cuba ye. Dalam perjanjian, jelas diberitahu anda TIDAK BOLEH.  


4. BOLEHKAH SAYA BEKERJA SEMASA DIBAWAH TAJAAN JPA? (SOALAN POPULAR)

Ini merupakan salah satu tindakan yang TIDAK DIBENARKAN kecuali anda mempunyai kebenaran daripada pihak JPA terlebih dahulu. Sebab itulah, apabila anda mendapat tajaan ini, elaun anda diberikan kepada anda secara asing, dan yuran anda dibayar direct kepada bendahari universiti anda.

5. BOLEHKAH SAYA TUKAR KURSUS ATAU UNIVERSITI SELEPAS MENDAPAT TAJAAN JPA?

TIDAK DIBENARKAN, apa yang ditawarkan dalam Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian harus di patuhi, jika anda mempunyai sebarang pertukaran kursus atau tempat, anda perlu memberitahu pihak JPA dulu untuk mendapatkan kebenaran. 

6. SELEPAS PROSES PEMURNIAN, SEMUA KERJA SAYA HABIS, TAK PERLU KEMASKINI APA-APA KE? ELAUN SARA HIDUP MASUK SECARA AUTOMATIK?

TIDAK, bagi setiap semester berakhir, anda perlu log masuk Portal Myself yang biasanya hanya pelajar tajaan ada akses. Anda perlu kemaskini keputusan peperiksaan anda atau maklumat tesis/penyelidikan anda. Bukan itu sahaja, anda juga perlu menghantar dokumen seperti Borang Laporan Kemajuan Calon PPC/PMC bagi pelajar penyelidikan Bersama slip pendaftaran semester berikut yang mempunyai maklumat yuran anda kepada emel LSPDN. Dengan ini, pihak JPA akan memproses pembayaran elaun anda dan pembayaran yuran kepada universiti. 



Kemajuan anda bagi setiap semester akan diperhati. Jika keputusan anda merosot, anda akan dihubungi untuk memberi penerangan dan mengisi Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik.

7. BOLEHKAH SAYA MENERIMA BANTUAN BIASISWA/PINJAMAN YANG LAIN SEMASA SAYA DIBAWAH TAJAAN JPA?


Apa-apa biasiswa, pinjaman tambahan bagi tujuan pengajian adalah TIDAK DIBENARKAN.

8. LAPOR DIRI SELEPAS TAMAT PENGAJIAN !!

Tidak kira jika anda dah mula bekerja selepas pengajian atau anda akan meneruskan pembiayaan JPA untuk further study, lapor diri WAJIB DILAKUKAN. Lapor diri harus dilakukan dalam 30 hari selepas Tarikh tamat pengajian. Kalau konvo anda belum habis dan anda tidak mempunyai skrol, tidak mengapa, anda boleh kemaskini dokumen2 tersebut kemudian pun. Tapi apa-apa dokumen yang anda ada perlu dikemaskini di Portal Myself, anda juga perlu kemukan bukti permohonan jawatan di Portal SPA8i

Tira berharap anda lebih jelas tentang tajaan Program Pelajar Cemerlang (PPC) JPA. Kalau ada apa-apa yang nak tanya, boleh bertanya di ruang komen ye, Tira akan jawab. Thank you and Good luck guys :)

Comments

Popular posts from this blog

1. PERMOHONAN PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) JPA 2022

2. PANGGILAN PENILAIAN STUDENT ASSESSMENT CENTRE (SAC) PROGRAM PELAJAR CEMERLANG JPA