3. PROGRAM PEMURNIAN PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PENGHANTARAN DOKUMEN SELEPAS BERJAYA SAC)

Hi Guys, nama saya Tira, kalau anda disini kerana habis membaca kedua-dua blog saya mengenai 

1. PERMOHONAN PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) JPA

Berikut adalah episod  mengenai Program Pelajar Cemerlang, Program Pemurnian, iaitu, selepas anda berjaya mendapat tawaran JPA PPC (dah pass tapisan komputer dan dah berjaya Temuduga SAC) dan anda dikehendaki menghadiri Program Pemurnian untuk menandatangani kontrak dengan kerajaan so that officially anda dibawah tawaran JPA. Kepada yang belum membaca blog saya yang pertama dan kedua, mohon layari link di atas untuk memahami blog ini. 

BAGAIMANA TAHU ANDA LAYAK PROGRAM PEMURNIAN? 

Seperti yang diberitahu dalam blog yang lepas 

Daripada tarikh panggilan SAC, anda perlu melayari sesawang JPA setiap hari untuk semak keputusan interview. Anda perlu layari  dan semak di seksyen "SEMAKAN KEPUTUSAN". Surprisingly, tahun ini Pihak JPA ada menghantar e-mel mengenai keputusan temuduga. To be on the safe side, better anda semak laman web esila setiap hari. Berikut adalah semakan keputusan SAC saya. 

MEMBUAT PENGESAHAN PENERIMAAN TAJAAN JPA 

1. Anda perlu log masuk Sistem ePenawaran ePenawaran


Ambil perhatian yang NO K/P dan Kata Laluan adalah sama seperti semasa permohonan biasiswa dan hanya yang berjaya boleh log masuk disini. 

2. Seterusnya, selepas log masuk, ada 5 langkah proses penawaran yang harus anda selesaikan. Tira akan explain step by step ya. Halaman pertama adalah seperti berikut. Anda harus muat turun surat tawaran anda dan semak Nama dan No Kad Pengenalan, make sure BETUL ! 


3. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan penerimaan. Please make sure keputusan pengesahan dibuat sebelum tarikh yang diberikan, or else anda tidak akan mendapat tawaran ini. Untuk saya, pengesahan penerimaan perlu dibuat sebelum 25/08/2019 seperti yang ditunjukkan di bawah. 


4. Next, anda perlu kemaskini maklumat peribadi dan waris anda. Pengesahan penerimaan perlu dilakukan dengan segera seperti tarikh yang diberi. Pengemaskinian maklumat peribadi dan waris serta yang lain-lain diberi lebih masa seperti gambar berikut. 


5. Apabila anda tekan maklumat peribadi, POP UP berikut akan muncul. Isi semua maklumat dengan betul. Yang ada * tu wajib isi ye. Macam No Passport tak ada *, jadi ianya tak wajib. 


6. Bagi maklumat waris pula, anda wajib mengisikan 2 maklumat waris, sama ada ibu dan bapa atau kalau ada penjaga pun boleh, mana-mana hubungan yang tertera di sistem, anda boleh isikan (isteri, suami, ibu, bapa, anak angkat, nenek, datuk). 


7. Selepas itu, proceed ke pengisian maklumat tambahan. Di sini anda perlu mengisi maklumat bank, maklumat penjamin, dan muat naik gambar (optional). 


8. Bagi maklumat bank, anda perlu mengisi seperti berikut. Jenis bank ialah untuk bank luar negara atau dalam negara. No akaun, nama akaun dan alamat bank yang anda buka akaun perlu dimasukkan jugak seperti berikut. 


9. Bagi maklumat penjamin, anda perlu isikan maklumat seperti yang berikut. 


Jika anda tidak pasti siapa yang boleh menjadi penjamin anda, anda boleh merujuk kepada syarat-syarat berikut. Paling senang ialah ibubapa anda walaupun mereka berumur lebih daripada 45 tahun, mereka layak jadi penjamin. Nak lagi senang, rujuk balik siapa penjamin anda semasa tajaan JPA sebelumnya peringkat ijazah, dan dapatkan mereka semula sebagai penjamin. 

10. Akhir sekali, yang ini OPTIONAL. Muat naik gambar anda, make sure gambar dalam format .jpg dan kurang dari 50kb. 


11. Setelah siap mengemaskini semua maklumat, anda perlu mencetak kesemua dokumen-dokumen berikut kecuali dokumen ke 4 iaitu Slip Pengesahan Perjanjian. Means , cetak senarai semak, surat tawaran dan dokumen perjanjian terlebih dahulu. 


Setelah anda mencetak DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PERSEKUTUAN DAN MENDAPATKAN TANDATANGAN PENJAMIN DAN SAKSI, anda perlu kembali ke sistem ini untuk mengisi maklumat Saksi dengan menekan borang Slip Pengesahan Perjanjian, satu POP UP akan muncul seperti berikut. Isikan maklumat saksi yang menandatangani dokumen perjanian anda dan tekan CETAK SLIP PENGESAHAN PERJANJIAN. Itu sahaja. 


Jika anda tidak pasti siapa yang boleh menjadi saksi anda, sila rujuk yang berikut. Paling senang, pergi balik ke Sekolah Menengah Kerajaan anda, atau mana2 sekolah kerajaan dan dapatkan Pengetua atau Penolong Kanan Pengetua anda sebagai saksi. Kalau nak dapatkan pegawai kerajaan sebagai saksi, make sure grednya adalah betul seperti Table dibawah. 



12. Setelah siap sahkan dan cetak semua dokumen, anda hanya perlu tekan butang SELESAI, dan LOG KELUAR. 

KESIMPULANNYA, APAKAH DOKUMEN-DOKUMEN YANG ANDA AKAN HANTAR SEMASA PROGRAM PEMURNIAN

1. SLIP PENGESAHAN PERJANJIAN

2. SURAT TAWARAN
3. DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PERSEKUTUAN


4. SENARAI SEMAK PENYERAHAN DOKUMEN

BILA DAN DIMANA PROGRAM PEMURNIAN ?

Biasanya, pihak JPA akan kemaskini di portal ESILA, tarikh perjumpaan dan penghantaran dokumen-dokumen yang diperlukan. Pusat penyerahan dan tarikh akan diberitahu seperti berikut. Yang Tira upload jadual ni yang lama ya, tahun 2017, Tira tak dapat jumpa yang 2019, tapi samalah cara pihak JPA upload jadual setiap tahun. So anda perlu hadir Program Pemurnian di Universiti yang anda akan belajar, for example pengajian Tira di UKM, so Tira kena hadir Program Pemurnian di UKM pada 30/10/2017 9.00 pagi. Bagi anda yang pengajian di luar negara, hubungi pegawai JPA untuk mendapatkan nasihat. Biasanya, NO WAY hantar dokumen perjanjian melalui POS. Daripada previous experience Tira, Tira nampak bagi pelajar di luar negara, ibu bapa/wakil pelajar tersebut perlu hadir bersama dokumen-dokumen penyerahan di pusat penyerahan yang terdekat TAPI PLEASE JANGAN PANDAI-PANDAI HADIR JE KAT PUSAT PENYERAHAN.  Hubungi pegawai JPA dan beritahu in advance. Also dapatkan nama pegawai yang anda hubungi, so time pergi pusat penyerahan dan nama anda tidak ada dalam list, boleh beritahu anda telah inform kat pegawai XXX. 

Biasanya, start jam 9 pagi pihak JPA bagi sedikit briefing tentang tawaran pinjaman dan akan suruh anda semak jika semua dokumen anda adalah betul dan complete. Then suruh kita duduk mengikut pengajian kita, iaitu ijazah, sarjana dan PhD. Yes, semua pelajar akan hadir, let it be ijazah, master or Phd, Program PIDN, Dermasiswa dan PPC, semua akan berada di sana. 

Actually tak mengambil masa yang lama, tapi kalau nak laju, DUDUK DEPAN SEKALI, DIA ORANG IKUT SIAPA KAT DEPAN, GILIRAN MEREKA DAHULU, one by one, so yang nak lambat, duduk belakang. 

Also, bagi pelajar luar negara yang tak dapat nak hadir, dan dokumen mereka dibawa oleh ibu bapa, pihak JPA biasanya bagi mereka yang tua selesaikan dulu. So bersabar ye, sebab orang tua nak duduk lama-lama pun susah. So be understanding, jangan geram nak gi gaduh dengan Pihak JPA pulak. Lepas habis dokumen anda disahkan oleh kerajaan, anda akan diberikan dua copy dokumen perjanjian, satu untuk anda dan satu untuk penjamin anda. 

ITU SAHAJA. ANDA DAH HABIS DAN BOLEH BALIK. 

TIP PENTING PROGRAM PEMURNIAN

1. Ini adalah once in a time kesempatan face to face dengan pihak JPA, lepas tu semua melalui phone call dan email sahaja, so kalau ada apa2 soalan, jangan lupa nak tanya. 
2. Again duduk di depan, so that giliran cepat untuk menyerahkan dokumen. 
3. Berkawan lah dengan mana-mana pelajar di sana yang sama universiti dan pengajian dan keep in touch with them, sebab nanti senang nak nak dapat update tentang tawaran dan maklumat elauns, kalau anda sorang2 je, nanti tak tahu pulak orang lain elauns dah dapat, anda tak dapat, macam-macam pening. Kalau kita ada kawan, at least depa ada apa2 update, kita pun akan tahu. 
4. Tolong berpakaian sopan
5. Kalau tak jadi nak pergi program pemurnian, tolong call atau email pihak jpa, nombor tertera di portal ePenawaran. Jangan pandai-pandai kita buat benda sendiri, pilih tarikh penyerahan dan tempat penyerahan sesuka hati, pihak JPA ni sangat baik hati nak menolong, jangan kita menyusahkan mereka, mereka ada lebih 100 pelajar di setiap tempat penyerahan, so please inform mereka kalau ada apa-apa pertukaran.  

Itu sahaja untuk kali ini. Nanti Tira akan update lagi. Kalau anda ada apa-apa soalan, tinggalkan di ruang komen ye. 

Bye guys. 

Comments

  1. Assalamualaikum kak...nak tanya, kalau saya graduate ngan 3.51 dan dah dpt offer dari luar negara, is it highly possible kalau saya dapat panggil SAC dan berjaya dapat biasiswa ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Nik. Ye, kalau Nik 3.51 dan dah dapat offer dari luar negara, surely boleh apply program PPC sebab syarat kena 3.50 dan ke atas. Dalam tapisan komputer jangan risau, Nik akan berjaya dan akan dipanggil untuk SAC. Automatically kalau dah berjaya temuduga SAC Nik akan dapat biasiswa. Tapi Nik kena pergi balik kat blog akak https://tirappcjpa.blogspot.com/2019/09/permohonan-program-pelajar-cemerlang.html untuk semak jika Nik layak semua syarat-syarat permohonan ye termasuk Nik adalah tajaan JPA semasa ijazah. Good luck Nik.

      Delete
  2. Assalamualaikum kak tira. saya baru sahaja selesai temuduga SAC. boleh akak anggarkan berapa lama perlu tunggu keputusan temuduga? selain itu, tempoh untuk program pemurnian ini selepas dapat keputusan? dalam sebulan dua? akhir sekali. duit elaun yang akan diterima pada semester yang sama atau semester seterusnya? jika semester seterusnya. adakah akan menerima elaun semester lepas termasuk dgn duit bayaran yuran? mohon pencerahan. terima kasih ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Adik Alief. Harap semua berjalan dengan lancar.

      1. keputusan akan keluar bulan April kalau tak silap.

      2. Proses pemurnian adalah selapas keputusan. Adik pastikan sentiasa semak portal esila ye.

      3. Elaun dan yuran pengajian akan dibayar mengikut semester yang sama. Means kalau semester februari, duit elaun masuk bulan mac atau april. Semester sept, elaun akan masuk bulan september. Kadang-kadang awal, kadang-kadang lambat. Tapi mereka akan update dalam portal Myself, yang adik akan diberi akses setelah berjaya.

      Saya harap adik berjaya permohonan tahun ini, inshaallah. Update kak tira ye.

      Delete
    2. terima kasih ya. boleh saya tahu kalau saya sudah buat pembayaran yuran semester pertama. adakah JPA akan membayar semula duit tersebut?

      Delete
    3. Hi adik alief. Yang ni depends adik baru mula atau dah setahun lebih, sebab kalau tak silap once semua JPA's bayaran pertama akan mula september 2022. Yang ni adik nanti confirm dengan pihak JPA semasa proses pemurnian ye.

      Semoga berjaya adik :)

      Delete
    4. hi kak tira. ohh yeke. jadinya pembayaran pertama masuk bulan 9 lah ye. maksudnya pemurnian tu tempoh jarak dari keputusan ya. saya ingatkan akan dapat dalam semester ini juga. Kalau dia bayaran pertama bulan 9. adakah akan dapat balik elaun semester pertama dan duit bayaran yuran pertama?

      Delete
    5. Hi adik alief. Ye betul. bayaran elaun semester pertama adik, saya tak berapa pasti, yang ni tertakluk kepada perjanjian dengan pihak JPA, mungkin mereka akan bayar balik wang yang adik telah bayar untuk semester pertama, atau mereka hanya akan kira pembayaran mulai semester september tahun ini. Mohon adik semak dengan pihak JPA semasa proses pemurnian ye.

      Delete
    6. Hi, Harini keputusan temuduga SAC sudah keluar. dukacitanya memaklumkan yang saya tidak berjaya telah membuat rayuan online.

      Delete
    7. Hi adik alief, saya harap rayuan akan okay. Inshaallah. Alief jangan putus asa, dan saya mohon adik buat plan B untuk bayaran pengajian anda, so kalau satu tak jadi, kita ada lagi satu cara ye. Dont give up. Semoga berjaya adik :)

      Delete
  3. Assalamualaikum kak Tira,
    Terima kasih atas perkongsian yang sangat membantu. Alhamdulillah saya baru dapat offer SAC untuk tahun ni, tapi saya sedikit hesitate untuk proceed. Saya nak tanya dan minta pendapat akak, saya sekarang merupakan master student di UKM sebagai GRA jadi alhamdulillah dari situ KPT ada beri elaun bulanan, yang lebih banyak dari elaun SAC + yuran yang ditanggung per semester. Disebabkan saya perlu gugurkan elaun GRA sekiranya nak terima JPA, akak rasa adakah lebih baik terima tawaran JPA? Sebab saya terfikir sekiranya saya nak sambung PhD nanti dan memohon JPA lagi, akan lebih mudah diterima sekiranya master di bawah JPA kan kak? Ataupun memadai sebagai tajaan JPA ketika degree? Terima kasih ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Unknown,
      Sama-sama adik. Tahniah adik. Saya rasa better adik maintain masters dengan GRA, untuk PhD baru apply dengan JPA. Sebab syarat umum PPC ialah

      (v) Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Ijazah Pertama/ Sarjana bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi;

      As long as adik dapat tajaan untuk degree, Phd still boleh buat dengan JPA. macam ni, kontrak bekerja balik pun just 4 tahun untuk phd. Semoga berjaya adik :)

      Delete
    2. Ok kak terima kasih atas penerangan yang sangat membantu! Semoga berjaya dan dipermudahkan urusan akak dalam semua hal ^_^

      Delete
    3. Sama-sama adik. Semoga urusan adik dipermudahkan also <3

      Delete
    4. Salam kak tira, maaf nak tanya lagi. Saya tiba-tiba terfikir, kalau tolak tawaran takkan di blacklist untuk permohonan akan datang kan? Risau pulak hehe

      Delete
    5. Salam Unknown, no problem, tidak mengapa adik, kalau reject tawaran, mereka tidak akan blacklist ye.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

2. PANGGILAN PENILAIAN STUDENT ASSESSMENT CENTRE (SAC) PROGRAM PELAJAR CEMERLANG JPA

1. PERMOHONAN PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) JPA 2022

4. 8 PERKARA PENTING MENGENAI PERJANJIAN PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) JPA (KENA TAHU SEBELUM TERIMA TAWARAN!!)